Setelah Pahang, Selangor ingin menjadi negeri seterusnya dalam menoktahkan kumpulan miskin tegar selari dengan matlamat Malaysia untuk membasmi dinamik kemiskinan di negara.
Ketika ini, terdapat sejumlah 245 keluarga masih direkodkan dalam kumpulan miskin tegar di Selangor berbanding 2 bulan lalu terdapat sejumlah 861 keluarga dicatatkan dalam kumpulan tersebut.
Menerusi dinamik itu, Selangor optimis menamatkan kategori miskin tegar ini selewatnya pada Julai 2024. Maka untuk merealisasikan sasaran itu, pelbagai sokongan ekonomi akan disalurkan kepada keluarga terlibat – untuk menyokong mereka menarik-taraf pendapatan yang lebih baik.
Antaranya sokongan PLATS atau Platform Selangor yang menjadi medium menggerakkan ekonomi peniaga kecik bersama sokongan digital. Sehingga akhir Mei lalu, terdapat 30,781 peniaga telah berdaftar dan memanfaatkan insentif tersebut.