Artikel

SSM: Lebih 100,000 Peniaga Manfaat Skim Daftar Perniagaan Percuma Di Malaysia

Setakat akhir April lalu, didapati sejumlah 110,004 peniaga mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma menerusi medium Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang dibuka Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – sejak tahun 2020.

Di bawah skim ini, ia secara mengecualikan kumpulan terlibat pada tindakan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan.

Berdasarkan jumlah yang dikongsikan pada Program Bimbingan Usahawan 2024 ini, ia memperlihatkan ramai golongan muda memanfaatkan peluang tersebut. Di mana seramai 53,421 usahawan libatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa menggunakan faedah itu, diikuti 56,583 usahawan pula kalangan B40.

Secara menyeluruh, SSM turut berkongsikan data ketika ini terdapat 9.23 juta perniagaan berdaftar bersama mereka, diikuti 1.5 juta pemerbadanan syarikat dan 38,673 Perkongsian Liabliti Terhad (PLT).

Akan tetapi daripada jumlah itu, sekitar 1.64 juta perniagaan bersama 674,687 pemerbadanan syarikat serta 34,865 PLT sahaja diperhatikan kekal aktif melaksanakan operasi perniagaan.