Artikel

Alliance Bank Anjur BizSmart Challenge Accelerator Edition – Sedia Peluang Biaya PKS Sehingga RM20 Juta

Seiring dengan sambutan kali ke-10, Alliance Bank kini memperkenalkan BizSmart Challenge Accelerator Edition siri ke-7 – medium yang membolehkan lebih ramai PKS tempatan meraih peluang perkembangan pada pasaran negara. 

Edisi ini terbuka buat PKS tempatan yang merekodkan jualan tahunan antara RM500,000 sehingga RM40 juta setahun. Lebih menarik, edisi kali ini turut memperlihatkan kriteria kemasukan cabaran yang lebih luas – apabila membenarkan PKS yang beroperasi sehingga 10 tahun menyertai peluang pelaburan di bawah BizSmart.

Setelah melalui proses tapisan bersama pelabur berpotensi, dimaklumkan calon perusahaan berupaya meraih bimbangan, latihan perniagaan bernilai sehingga RM2 juta selain memperolehi pembiayaan sehingga RM20 juta dari bank.

Menerusi peluang tersebut, edisi cabaran pembiayaan kali ini akan memperlihatkan kebersamaan Alliance Bank bersama 1337 Ventures, 5X Capital, Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC) dan Cradle. 

Buat pengetahuan umum, antara jenama yang telah berkembang luas di bawah sokongan edisi BizSmart sebelum ini adalah Christy Ng, myBurgerLab, Biji-Biji Initiative, The Tapping Tapir, BloomThis, Signature Market, Chriszen, Salad Atelier, Food Market Hub, SuperDough, Wirdora, Heal Nutrition dan Vanzo.