Artikel

Mulai 1 Januari 2026 – Cukai Jalan EV Akan Dikenakan, 85% Lebih Rendah 

Bermula 1 Januari 2026 kelak, pengguna kenderaan elektrik (EV) akan dikenakan fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) pada pasaran negara.  Untuk makluman pelaksanaan ini hanya terpakai kepada Kenderaan Sifar Emisi (ZEV) pada kategori kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) sahaja.

Aturan ini diambil setelah pengecualian cukai EV dilaksanakan pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025 tamat kelak.

Kementerian Pengangkutan (MOT) memperincikan kadar fi tersebut ditetapkan mengikut tahap kuasa motor elektrik kenderaan. Ini bermakna kadar fi akan meningkat selaras dengan kenaikan kuasa motor elektrik kenderaan. Secara amnya peningkatan kuasa motor elektrik mewakili kenaikan kos harga unit, segmen, saiz dan berat kenderaan.

Melihat pada pengenaan cukai tersebut, didapati cukai EV ini adalah 85% lebih rendah berbanding kadar fi sedia ada untuk EV. Langkah tersebut secara langsung akan membantu sektor automatif, menggalakkan lebih ramai pemandu laksana peralihan kepada kenderaan tanpa pelepasan karbon.

Menerusi pendekatan dan pelarasan kadar baharu tersebut – MOT menjangkakan jualan unit EV di pasaran Malaysia akan terus meningkat secara berperingkat di pasaran negara.