Artikel

CIMB Untung RM1.94 Bilion – Melonjak 17.7% Bagi 3 Bulan Pertama 2024 

CIMB Group Holdings kini memperlihatkan prestasi yang lebih baik pada suku pertama 2024, apabila meraih peningkatan 17.7% pada untung bersih kepada RM1.94 bilion. Persekitaran itu dicetuskan oleh pertumbuhan pendapatan yang kukuh bersama pelarasan kos operasi.

Hasil kumpulan juga turut meningkat kepada RM5.6 bilion berbanding suku yang sama pada 2023.

Selain pelarasan kos lebih efektif, pasaran modal yang kukuh bersama pendapatan berkaitan pelaburan juga turut menyumbang kepada prestasi kumpulan. Segmen pinjaman juga turut meningkat 7% melibatkan pasaran negara, diikuti 13.1% di Singapura.

Sementara aliran deposit perbankan pula naik sebanyak 8.2% didorong pertumbuhan akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) 16.8% setakat Mac 2024 lalu. Menerusi prestasi sedemikian, CIMB optimis mengekalkan momentem gerak kerja operasi, di samping mencapai sasaran dana terkumpul RM100 bilion pada segmen ESG menjelang akhir tahun ini.