Sekiranya dahulu pelancong Malaysia ke Thailand perlu memiliki visa selepas tempoh 30 hari, kini Thailand meningkatkan lagi kelonggaran tersebut. Di mana pelancong Malaysia boleh memasuki negara tersebut sehingga 60 hari tanpa visa.
Maka jika pelancong negara ingin menetap lebih lama, dalam tempoh tersebut langkah perolehan visa boleh dilaksanakan sebelum tamatnya 60 hari penginapan.
Langkah ini adalah tindak balas Thailand, untuk merancakkan prestasi pelancongan mereka dan mencapai matlamat 35 juta pelancong asing pada tahun ini.
Selain Malaysia, kelonggaran itu turut diberikan kepada pelancong dari Vietnam, Indonesia, Brunei dan Filipina.
Tidak hanya pelancong, kumpulan nomad digital ke Thailand pula dimaklumkan akan menerima lanjutan tempoh sah visa daripada 60 hari kepada 5 tahun. Diikuti pelajar asing di Thailand pula dibenarkan untuk tinggal di Thailand selama setahun selepas tamat penggajian. Manakala pesara asing pula akan meraih kelonggaran keperluan insurans bagi penetapan mereka di Thailand.
Menerusi usaha ini ia sekaligus akan melonjakkan arena pelancongan Thailand, setakat minggu lalu sahaja – sejumlah 14.32 juta pelancong asing telah dicatatkan memasuki Thailand.