Aliran ekonomi negara pada 3 bulan terakhir 2023 memperlihatkan prestasi pertumbuhan semakin memulih. Aturan itu dapat diperlihatkan apabila paras gaji penengah pekerja formal dilihat Malaysia meningkat 4.9% kepada RM2,900 setakat Disember 2023 lalu.
Maklumat di bawah Statistik Upah Pekerja Formal Suku Keempat 2023 DOSM ini menjelaskan peningkatan tersebut didorng hasil prestasi ekonomi yang membrangsangkan, diikuti pertambahan pekerja formal naik 1.8% kepada 6.67 juta pekerja pada tempoh tersebut.
Namun pada data yang sama, didapati 31.2% pekerja formal Malaysia kekal meraih gaji di bawah RM2,000. Meskipun data ini telah menurun sebanyak 2.5% berbanding sebelumnya 33.7% – tetapi masih ramai pekerja di negara berdepan tekanan kos semasa.
Selanjutnya berdasar taburan upah mengikut etnik pula – menunjukkan paras gaji penengah kesemua etnik di Malaysia alami peningkatan setakat Disember 2023. Dengan Bumiputera (RM2,427), Cina (RM4,300), India (RM2,864) dan Lain-lain (RM2,164).
Sementara mengikut taburan usia pula, golongan muda sehingga usia 24 tahun kekal berdepan kesukaran dalam perolehan pendapatan yang memadai – sekadar merekodkan paras gaji penengah antara RM1,500 – RM1,845. Di mana jumlah golongan muda usia ini mencatatkan 15%.