Rapid Rail, pengendali khidmat tren LRT, MRT dan Monorel di negara kini memaklumkan pihaknya telah mencatatkan jumlah penumpang harian lebih 1 juta pada 29 Mei lalu – menjadikan ia catatan tertinggi yang pernah dicapai sejak penubuhannya.
Rekod itu merangkumi jumlah penumpang LRT Kelana Jaya (287,102), LRT Ampang/Sri Petaling (224,184), Monorel (61,236), MRT Kajang (274,302), MRT Putrajaya (157,767) – menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 1,004,591 penumpang iaitu melonjak lebih 35% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023 sekitar 739,818 penumpang.
Mengikut prestasi itu, peningkatan ini didorong hasil musim cuti persekolahan serta kesan penambahan kapasiti tren di laluan Kelana Jaya dan Kajang serta pembukaan semula stesen antara Masjid Jamek dan Bandaraya.
Adanya catatan ini, angka tersebut telah diraih 6 bulan lebih awal berbanding sasaran awal yang ditetapkan pengurusan Rapid Rail.