Artikel

Hampir 75% Firma Jangka Kekalkan Jumlah Pekerja – Yakin Perniagaan Di Malaysia Terus Rancak

Persekitaran perniagaan di Malaysia diperhatikan akan terus rancak – susulan tahap keyakinan para peniaga kini meningkat 0.7% bagi jangkaan prestasi perniagaan bagi prestasi 3 hingga 6 bulan mendatang.

Data di bawah Statistik Kecenderungan Perniagaan DOSM tu menjelaskan keyakinan ini akan didorong hasil daripada jangkaan pertumbuhan baik pada suku kedua 2024 dalam subsektor Perlombongan, Pembuatan dan Elektrik & Air. Sementara subsektor Pembinaan, Perdagangan Borong & Runcit dan Perkhidmatan pula dijangka akan berdepan cabaran pada tempoh tersebut – kesan tekanan kos semasa.

Akan tetapi prestasi sedemikian disasarkan kembali positif bagi tempoh suku seterusnya sehingga September 2024.

Maka berdasarkan prestasi itu, sekitar 74.9% firma jangka akan kekalkan jumlah pekerja mereka bagi suku kedua 2024, manakala 17.6% firma pula ingin bertindak mengambil lebih ramai pekerja baharu, diikuti 7.6% pula berhasrat ingin mengurangkan pekerja mereka.