Artikel

Google Akan Melabur RM9.4 Bilion Di Malaysia – Sedia 26,500 Pekerjaan Menjelang 2030

Malaysia terus meluaskan potensi ekonomi negara di pasaran antarabangsa apabila memaklumkan – Google akan melabur RM9.4 bilion, bagi membangunkan Pusat Data Google dan rantau Google Cloud pertamanya di negara.

Perkongsian Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) ini disasar berupaya menyokong 26,500 pekerjaan di pasaran Malaysia menjelang 2030 kelak. Potensi ekonomi ini merentasi sektor kesihatan, pendidikan dan kewangan dengan nilai RM15.04 bilion.

Adanya kemasukan pelaburan ini, sekaligus menyertakan Malaysia bersama 40 wilayah dan 121 zon lain dalam arena cloud region Google di seluruh dunia.

Menerusi pengumuman ini juga, ia turut akan membantu negara memajukan lagi ekosistem teknologi digital bersama peningkatan penghasilan bakat digital secara berperingkat dalam pasaran ekonomi.