Artikel

Pahang Kini Sifar Miskin Tegar 

Selaras dengan matlamat nasional untuk membasmi kemiskinan, Pahang kini memaklumkan negeri tersebut tidak lagi memiliki senarai golongan miskin tegar.

Berdasarkan statistik Miskin Tegar Negeri Pahang yang dikeluarkan Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, pada Januari 2023 terdapat 4,968 KIR tergolong dalam kumpulan miskin tegar. Statistik ini kemudiannya menurun sebanyak 60.8% apabila seramai 3,022 KIR telah terkeluar daripada status miskin tegar pada 31 Disember 2023.

Usaha itu dicapai apabila baki jumlah seramai 1,946 ketua isi rumah kategori miskin tegar di negeri itu berjaya meningkatkan hasil pendapatan mereka menerusi pelbagai inisiatif ekonomi.

Biarpun telah berjaya mencapai prestasi ini, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan jumlah miskin tegar ini akan kembali semula.

Pihaknya memaklumkan akan kekal bersedia untuk memantau serta menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasar ini agar kemiskinan tegar ini dapat terus dikawal dan dikurangkan bersama sokongan ekonomi yang optimum.

Miskin Mutlak – adalah isi rumah berpendapatan di bawah PGK Keseluruhan (2022: RM2,589), di mana pendapatan isi rumah ini tidak mencukupi untuk penuhi keperluan asas dan bukan makanan untuk hidup sihat serta aktif.

Miskin Tegar – adalah isi rumah dalam kategori miskin yang berpendapatan di bawah PGK Makanan (2022: RM1,198)

Kemiskinan Relatif – adalah merujuk kepada taraf kehidupan masyarakat tertentu pada tempoh tersebut. Ia meliputi 50% daripada pendapatan penengah isi rumah di negara