Artikel

B Infinite Pay Akan Ditamatkan – Efektif 1 Julai 2024 Ini

B Infinite Pay, iaitu segmen dompet digital di bawah kendalian program kesetiaan B Infinite oleh BLoyalty, Berjaya Corp – kini dimaklumkan akan ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Julai 2024. 

Pada tindakan itu, para pengguna dinasihati untuk mengeluarkan baki pada akaun tersebut sehingga tempoh akhir 30 Jun 2024 ini. Dimaklumkan proses pengeluaran baki akan mengambil masa sehingga 14 hari waktu bekerja untuk diselesaikan. Sementara akaun yang tidak memiliki sebarang baki (RM0) dan tidak memaparkan sebarang rekod transaksi pula dimaklumkan akan dinyahaktifkan operasi tanpa memerlukan tindakan lanjut pengguna. 

Buat pengetahuan umum, di bawah B Infinite Pay – pengguna boleh menggunakan akses tersebut untuk cawangan di bawah Berjaya Corp. Antaranya 7-Eleven, Kenny Rogers Roasters, Starbucks, Times Square, Krispy Kreme, Berjaya Resorts dan banyak lagi.

Meskipun segmen dompet digital tersebut ditutup namun aplikasi kesetiaan pengguna B Infinite Loyalty ini kekal tersedia buat kemudahan pengguna untuk meraih dan menebus ganjaran menggunakan BPoints. Maka para pengguna tidak perlu khuatir akan kesannya susulan penamatan khidmat BI Pay tersebut. 

Maka bagi pemahaman lanjut, para pengguna boleh merujuk pada [email protected] atau layari laman rasmi B Infinite untuk perincian seterusnya.