Dalam usaha membangunkan lagi ekonomi negeri, Pulau Pinang kini memohon kerajaan persekutuan untuk mengkaji semula sistem agihan cukai kepada negeri. Aturan itu berpotensi mengembalikan 20% sekitar RM1 bilion daripada wang cukai yang dikutip daripada pentadbiran negeri.
Menerusi dana itu, Pulau Pinang miliki ruang yang lebih besar untuk laksana lanjutan pembangunan di peringkat negeri.
Makluman ini telah dizahirkan pentadbiran negeri pada sidang DUN hari ini, di mana ia antara maklum-balas lanjut berhubung matlamat negeri untuk mengukuhkan ekosistem semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&E).
Seperti yang umum ketahui Pulau Pinang kini sedia memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda semikonduktor negara di bawah Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS). Menerusi kebersamaan itu, sekitar RM500 bilion pelaburan berupaya diraih untuk fasa pertama kelak.