Ternyata 43.79% permohonan kredit bank yang dikemukakan di pasaran negara, dikenalpasti berkaitan dengan sindiket penipuan. Menurut pengamatan CTOS IDGuard, data daripada 9.44 juta permohonan yang dicatatkan sejak 45 bulan lalu adalah melibatkan sejumlah RM519 juta.
Jumlah risiko penipuan ini untuk makluman memperlihatkan peningkatan 62% berbanding nilai permohonan RM319 juta daripada hasil rekod 36 bulan lalu.
Berdasarkan data itu, CTOS memperincikan antara tindakan penipuan yang dilaksanakan adalah penipuan pendapatan dan dokumen (22.89%), diikuti langkah ralat kemasukan data serta makluman kemudahan lain (11.81%) dan butiran palsu berkenaan hubungan dan kediaman (10.40%). Ini antara pecahan lain berlandaskan pengesanan CTOS;

Peningkatan ini antaranya didorong susulan perkembangan ekonomi digital di pasaran. Ia secara langsung menuntut semua pihak, tidak hanya orang awam bahkan sektor dan pemain ekonomi untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman kewangan digital mereka bagi melindungi kesejahteraan ekonomi.
Buat pengetahuan umum, CTOS IDGuard merupakan sebahagian daripada rangkaian perkhidmatan penipuan dan pengenalan CTOS yang memanfaatkan pangkalan data unik dan luas CTOS, seperti CTOS eKYC, CTOS Multi-face ID, dan CTOS Digital Footprint. Sehingga kini, CTOS IDGuard merangkumi lebih daripada 65% aset perbankan Malaysia.