Pada usaha memantapkan pertumbuhan syarikat tempatan, Malaysia kini berhasrat mengukuhkan ekosistem pelaburan negara – antaranya pada struktur ekonomi Islam tempatan. Menerusi agenda itu, dimaklumkan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) akan melabur sehingga RM3 bilion menerusi dana pemacu pada segmen pelaburan patuh-syariah.
Perkongsian Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pelancaran forum kewangan Islam GFIEF hari ini menjelaskan pendekatan tersebut akan meningkatkan penghasilan pada instrumen kewangan sosial negara.
Aturan itu juga akan memberi manfaat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama perusahaan dan majlis agama Islam negeri. Antara yang akan digerakkan adalah dimensi baharu pada terbitan sukuk menerusi struktur wakalah bil-khadamat.
Pentadbiran negara menyasarkan langkah memuktamadkan sukuk ini dapat direalisasikan menjelang 2025 kelak, diikuti melengkapkan penyelesaian ekosistem kewangan Islam yang lain.