Gedung beli-belah DPulze, Cyberjaya kini dimaklumkan melalui fasa peralihan dengan penjualan kepada KIP Real Estate Investment Trust pada nilai RM320 juta. Pengambilalihan ini menurut makluman Bursa telah dicapai menerusi perjanjian jual-beli bersyarat bersama DPulze Ventures.
Menurut KIP REIT, pembelian hartanah itu pada awalnya ditetapkan nilai RM321 juta, bagaimanapun pihaknya telah meraih diskaun RM1 juta.
Maka menerusi peralihan tersebut, ini akan meningkatkan potfolio aset peruncitan KIP REIT dalam pasaran negara – di mana pengambilan DPulze akan mewakili 25.22% daripada jumlah aset runcit kumpulan. Pihaknya menjangkakan peralihan tersebut selesai pada suku pertama 2025 kelak.