Prestasi 3 bulan pertama AirAsia X kini memperlihatkan penurunan apabila meraih RM80.1 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu sekitar RM327.99 juta.
Walaupun alami penurunan, hasil kumpulan telah meningkat 66% kepada RM908.91 juta – perolehan positif ini antaranya didorong peningkatan jualan tiket serta permintaan yang lebih besar pada penerbangan antarabangsa.
Di mana faktor muatan penumpang (PLF) yang kukuh sebanyak 83% direkodkan, meningkat tiga mata peratusan tahun ke tahun dengan China, India dan Jepun menjadi laluan terbaik bersama catatan lebih 90 peratus PLF.
Sementara aspek rangkaian pesawat pula menunjukkan ketika ini operasi kekal dengan 18 pesawat A330 pada akhir Mac 2024, bersama 16 pesawat kini diaktifkan dan beroperasi.
Berlandaskan keupayaan itu. AAX terus optimis mengekalkan prestasi yang positif secara berperingkat dan akui perolehan akan lebih perlahan pada dua suku mendatang berikutan jangkaan permintaan penerbangan lebih rendah.