Artikel

3.04 Juta Permohonan Pengeluaran Akaun 3 KWSP Kini Diluluskan – Libat Jumlah RM5.52 Bilion

Pelaksanaan Akaun Fleksibel (Akaun 3) di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak 11 Mei lalu – telah memperlihatkan sebanyak 2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan telah diterima dan dipindahkan setakat ini, dengan melibatkan jumlah RM8.78 bilion.

Sementara sebanyak 3.04 juta permohonan pula melibatkan pengeluaran Akaun Fleksibel dimaklumkan telah diluluskan dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM5.52 bilion. 

Menerusi tindak-balas yang positif itu, KWSP menjangkakan akan lebih banyak pencarum mengemukakan permohonan bagi pindahan amaun permulaan Akaun 2 ke Akaun 3 kelak – susulan tempoh pindahan hanya akan berakhir pada 31 Ogos 2024.

Adanya kelebihan ini, sekaligus memberi peningkatan mudah tunai kepada kumpulan pencarum bagi jangka masa pendek dan boleh diakses pada bila-bila masa.