Farm Fresh Berhad, antara syarikat tenusu tempatan kini bertindak selaku pembekal terbesar Program Susu Sekolah (PSS) dengan memberi akses susu kepada hampir 355,000 murid negara bersama 3,037 buah sekolah membabitkan lokasi di 8 negeri Semenanjung Malaysia.
Menerusi pembekalan itu sejumlah 63 juta kotak susu diagihkan bagi sepanjang program tersebut sehingga Mei 2024 ini.
Adanya sokongan itu, ia dilihat seiring dengan matlamat pendidikan negara yang ingin tahap nutrisi pelajar sekolah di bawah insiatif Rancangan Makanan Tambahan (RMT) terus dipelihara demi kepentingan kesihatan dan pendidikan mereka.
Selain akses susu kepada pelajar negara, Farm Fresh turut menyediakan kemudahan pembelajaran dengan membina 10 hab Pencegahan Kemiskinan Multidimensi yang membolehkan para pelajar mengikuti program kelas tambahan bersama aktiviti kemahiran hidup selama 3 hari seminggu.
Langkah itu secara langsung meningkatkan lagi sokongan ke atas sektor pendidikan negara secara berperingkat.
Buat pengetahuan umum, sejumlah 753,054 murid melibatkan 7,398 sekolah rendah di seluruh negara dimaklumkan meraih manfaat inisiatif PSS ini secara menyeluruh. Menerusi agenda ini, ia secara langsung membantu sektor pendidikan negara menyeimbangkan nutrisi pemakanan para murid terutamanya kalangan keluarga B40.
Adanya kelangsungan manfaat tersebut, ia akan membantu kualiti pendidikan yang lebih baik buat semua pelajar negara. Selain PSS, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menerapkan inisiatif seperti Program Hidangan Berkhasiat (HiTS) kepada murid.