KWSP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memaklumkan saiz aset pelaburan kumpulan telah mencapai RM1.14 trilion setakat Disember 2023. Jumlah itu sekaligus meletakkan KWSP sebagai salah satu daripada 10 dana persaraan terbesar di dunia.
Melihat pada prestasi sedemikian, KWSP kini meneroka strategi baharu antaranya bekerjasama dengan pengurus dana domestik dan global bagi menghasilkan pulangan yang optimum.
Selain kedudukan ini, KWSP turut memaklumkan setakat 31 Disember 2023 sebanyak RM189 bilion telah disalurkan kepada pengurus dana luaran untuk dilaburkan dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap. Tindakan itu memaparkan dana mewakili 17% daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP.
Lebih membrangsangkan tindakan pelaburan dana luaran ini telah menghasilkan pulang yang baik pada 2023 dengan merekodkan jumlah pendapatan tertinggi, sekitar 22% daripada keseluruhan pendapatan KWSP.
Menerusi perolehan yang positif ini, KWSP terus optimis untuk meningkatkan kemampanan hasil pelaburan kumpulan demi melindungi kesejahteraan dana persaraan pencarum secara berkala.