Artikel

Seramai 11,713 Calon Perolehi Semua A Dalam SPM 2023

Setelah tahun 2022 memaparkan seramai 10,109 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi keputusan yang cemerlang pada semua subjek mata pelajaran – kini SPM 2023 pula merekodkan seramai 11,713 pelajar berjaya meraih keputusan cemerlang dalam SPM

Data ini sekaligus menjadikan angka tersebut lebih tinggi dengan peratusan 3.1%.

Mengikut sidang maya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Ketua Pengarah KPM Azman Hashim hari ini (27 Mei) memperincikan secara keseluruhan daripada 373,525 calon SPM 2023 (mendaftar 6 mata pelajaran) – didapati sejumlah 131,489 calon (35.2%) telah lulus untuk semua mata pelajaran. 

Sementara bagi Gred Purata Nasional (GPN) pula memaparkan pencapaian calon tahun 2023 lebih tinggi berbanding SPM 2022 dengan catatan paras 4.60 mata. 

Lebih menarik, SPM 2023 turut memperlihatkan lebih ramai calon layak memperolehi sijil SPM berikutan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah – di mana seramai 349,297 calon dicatatkan menjadikan peningkatan 6,555 calon berbanding SPM 2022. Sementara itu, didapati seramai 83,112 calon SPM 2023 pula adalah kumpulan yang sekurang-kurangnya gred C bagi semua mata pelajaran. Angka ini juga memaparkan peningkatan 7,790 calon (2.1%) berbanding SPM 2022.

Buat pengetahuan umum, pelaksanaan peperiksaan SPM 2023 telahpun dilaksanakan secara bersemuka. Ini menjadikan kualiti pembelajaran lebih baik dan penyampaian pendidikan dilihat lebih lancar berbanding sebelumnya.