Seiring dengan gambaran awal penyasaran subsidi bahan api yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang Perutusan Negara minggu lalu – kini dimaklumkan perincian berhubung pelaksanaan penyasaran subsidi diesel itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat oleh Menteri Kewangan II Amir Hamzah.
Difahamkan aturan itu akan dimulakan di pasaran Semenanjung Malaysia – di mana akan melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
Biarpun masih tidak mengetahui tarikh pengumuman tersebut, menerusi usaha ini ia berupaya membantu Malaysia meraih penjimatan kepada RM4 bilion setahun.