Artikel

Maybank Untung RM2.49 Bilion – Prestasi Naik 9.8% Sepanjang 3 Bulan Pertama 2024

Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara kini memaklumkan prestasi perbankan mereka terus melonjak dengan peningkatan 9.8% – membawa kepada keuntungan bersih sebanyak RM2.49 bilion bagi 3 bulan pertama 2024.

Prestasi ini menurut kenyataan Maybank, didorong hasil pertumbuhan yang kukuh dalam fi teras serta peningkatan dalam perbendaharaan dan keuntungan pasaran yang baik – telah meningkatkan lagi pendapatan operasi bersih kumpulan kepada RM7.58 bilion.

Walaupun prestasi terus meningkat, Maybank kekal akuit berlakunya peningkatan kos dengan kos overhed lebih tinggi pada RM3.66 bilion berbanding RM3.06 bilion untuk tempoh setahun sebelumnya. Persekitaran itu sekaligus turut memberlihatkan hasil daripadan dalam kos kakitangan, kos pentadbiran, am, perbelanjaan IT dan perbelanjaan pemasaran.