Negara kini berada pada keduduan tumpuan, untuk memenuhi lonjakan permintaan semikonduktor pada pasaran semasa.
Jangkaan Siemens Malaysia ini didasari berasaskan keupayaan Malaysia untuk menerajui permintaan tersebut antaranya meliputi rantaian peranti semikonduktor dan rekabentuk litar bersepadu.
Tidak hanya itu, ketidaktentuan geopolitik turut meluaskan lagi ruang buat negara dalam menjadi tumpuan lokasi hab pengeluaran baharu untuk mengukuhkan rantaian bekalan semikonduktor bersama syarikat multinasional (MNC).
Seperti yang umum ketahui, negara setakat 2023 telah menguasai 13% daripada pasaran global dengan melibatkan perkhidmatan pembungkusan, pemasangan dan ujian untuk semikonduktor. Menerusi aturan itu, aliran eksport produk semikonduktor bagi tahun lalu turut berjaya meraih hampir RM580 bilion.
Maka menerusi kelebihan itu, ini secara langsung akan meningkat lagi potensi penyertaan negara dalam pasaran semikonduktor bagi tahun ini. Secara menyeluruh, pasaran global menyasarkan pertumbuhan semikonduktor akan melonjak 40% pada tahun ini dengan membawa kepada niai tambah sekitat $130 bilion.