Artikel

Berjaya Food Hilang Hampir 50% Pendapatan – Kesan Pengguna Boikot Starbucks

Pendapatan Berjaya Food kini mencatatkan sejumlah RM138.65 juta, di mana angka itu menyusut hampir 50% berbanding sebelum ini RM265.85 juta. Situasi ini berlaku disebabkan kesan sentimen pengguna yang memboikot jualan Starbucks berikutan konflik di Timur Tengah. 

Malah susulan tindakan jualan yang lebih rendah ini, sekaligus turut membawa kerugian yang lebih besar kepada pihaknya dengan merekodkan rugi bersih sebanyak RM29.76 juta bagi suku ketiga 2024.

Untuk makluman, ini kerugian kali kedua sejak suku kedua 2024. 

Selain berdepan perubahan pembelian daripada pengguna, langkah perbelanjaan berkaitan pelaburan, serta pelupusan kepentingan ekuiti pada Jollibean Foods juga turut menjadi antara faktor penurunan hasil dan kerugian operasi.

Biarpun berdepan fasa yang mencabar, Berjaya Food kekal optimis dengan menjangkakan prestasi perniagaan akan bertambah baik menjelang suku ke-4 yang akan diketahui pada aphir Jun 2024 ini.