Artikel

SC Mahu Gandakan Dana Pasaran Modal PMKS, Syarikat Pertengahan Kepada RM40 Bilion – Menjelang 2028

Bagi memperkasakan lagi akses pelaburan dalam ekosistem perniagaan Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini menyasarkan peningkatan berlaku pada pengumpulan dana pasaran modal ke atas perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat peringkat pertengahan (MTC) menjelang 2028 kelak. 

Agenda di bawah pelan hala tuju akses PMKS dan MTC bagi 2024-2028 ini berpotensi memaparkan pertumbuhan tahuan kompaun sekitar 46% dalam tempoh 5 tahun daripada RM6.3 bilion pada tahun 2023. 

Usaha ini akan mengembangkan lagi potensi perniagaan negara dengan meningkatkan penyertaan pelabur bersama akses secara terus kepada PMKS dan MTC. Malah pelan yang disokong di bawa 4 kementerian ini iaitu MOF, MITI, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dijangka akan meluaskan lagi peluang pelaburan di pelbagai segmen.

Ketika ini, PMKS telah menyumbang 38.4% bersamaan RM580.4 bilion kepada ekonomi Malaysia dan menggaji 48.2% iaitu hampir separuh daripada tenaga kerja pada 2022 di pasaran negara.