Setelah lalui fasa rintis bersama sejumlah pengguna terpilih, kini Aeon Bank membolehkan semua pengguna di Malaysia nikmati kemudahan bank digital Islam di pasaran mulai hari ini.
Langkah pengaktifan akaun bersama Aeon Bank ini sekaligus akan memberi pengguna akses kemudahan khidmat kewangan syariah pertama di negara. Apa yang menarik, menerusi simpanan bersama Aeon Bank – pengguna akan meraih pulangan 3.88 pa- menjadikan ia Pulangan Simpanan tertinggi berbanding penyedia dompet digital yang lain.
Tidak hanya itu, pengguna juga boleh memilih Nombor akaun Simpanan mengikut Nombor kegemaran pengguna . Aturan ini sekaligus memudahkan pengguna untuk pada proses transaksi.
Selain penampilan kemudahan itu, Aeon Bank turut merancang menampilkan kad debit fizikal menjelang akhir tahun ini bersama sokongan Apple Pay buat pengguna Malaysia. Sama-sama kita nantikan!