Artikel

Penentuan Kadar Upah, Jadi Antara Fokus Utama Suruhanjaya Pekerja Gig

Untuk terus memperkasakan hak 1.12 juta pekerja gig di pasaran negara – pentadbiran telah berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Pekerja Gig untuk melindungi kumpulan ini. 

Berdasarkan matlamat itu, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memaklumkan terdapat 6 perkara utama akan diberi penekanan pada rangka Suruhanjaya Pekerja Gig kelak. Antaranya penentuan kadar upah buat kumpulan pekerja.

Menurut kenyataan hari ini, aturan itu turut akan diperluas kepada perundangan akta baharu, pendekatan pekerjaan, struktur dan fungsi suruhanjaya, impak kewangan, perlindungan sosial serta akses ksehiatan pekerja gig. Tumpuan juga turut akan meliputi aspek pendaftaran pekerja gig bersama penyedia gig.

Berikutan penekanan ini, laporan interim berkenaan penubuhan suruhanjaya tersebut dimaklumkan akan mula dibentang pada Jun bersama jemaah Menteri kelak diikuti laporan akhir yang dijangka berlangsung pada Ogos 2024.