Selepas Singapura, Kuala Lumpur kini menjadi bandar raya kedua terbaik untuk didiami di Asia Tenggara. Tidak hanya menjadi pilihan di rantau tersebut KL turut berjaya menempatkan kedudukan ke-135 daripada 1,000 bandar di dunia.
Kedudukan pada Indeks Bandar Global Oxford Economics ini mengambilkira pelbagai faktor kualiti, tidak sekadar akses kemudahan awam, tetapi melibatkan peluang ekonomi, ketersediaan modal insan, persekitaran lestari dan budaya pentadbiran.
Berdasarkan aspek itu, ternyata KL menunjukkan pengukuhan pada segmen ekonomi dengan kedudukan ke-106, disusuli aspek modal insan pula ke-21. Akan tetapi aspek kualiti hidup diperhatikan lebih rendah dengan kedudukan ke-391. Keadaan itu diambilkira berasaskan manfaat tinggal di bandar bersama tahap kesejahteraan penduduk.
Selain KL, terdapat beberapa bandar raya lain Malaysia miliki potensi untuk ditambah-baik secara berkala dengan Georgetown-Pulau Pinang (351), Melaka (359) dan Johor Bahru (376).
Sementara negara lain pula memperlihatkan Singapura di tangga 42, diikuti Bangkok-Thailand (192), Manila-Filipina (256) dan Jakarta-Indonesia (284).