Artikel

Bursa Perkenal Peringatan Dagangan – Beri Notis Aktiviti Luar Biasa, Lindungi Pelabur

Bursa Malaysia Securities kini mengukuhkan perlindungan ke atas pelabur dengan menampilkan pengenalan Trading Reminders sekiranya berlaku aliran aktiviti dagangan luar biasa.

Peringatan Dagangan ini akan menjadi sokongan tambahan kepada ciri maklum-balas Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA) – di mana ia mendedahkan syarikat tersenarai awam kepada pergerakan harga atau volum ketara yang tidak dapat dijelaskan.

Pengenalan itu secara langsung turut membawa isyarat amaran kepada pelabur untuk laksana langkah berhati-hati dalam sentimen saham. Selain usaha ini, Bursa turut kekalkan pilihan dengan mengeluaran Amaran dan Penetapan Pasaran bagi memberi amaran kepada pelabur berhubung saham yang terdedah kepada spekulasi dan manipulasi yang berlebihan.

Adanya aturan ini, ia secara terus akan menyumbang kepada komitmen Bursa membentuk persekitaran perdagangan yang lebih cekap, telus kepada kumpulan pelabur.