RHB Bank hari ini memaklumkan para pengguna kad kredit dan debit RHB Visa-nya kini boleh menambah kad mereka pada sokongan Apple Pay.
Langkah itu secara langsung akan memudahkan pengguna tanpa perlu membawa kad fizikal bagi tindakan pembayaran di kedai fizikal. Lebih menarik dengan sokongan Apple Pay – pengguna tidak sekadar boleh laksana transaksi menggunakan telefon pintar bahkan kemudahan itu turut boleh dijalankan menggunakan peranti Apple yang lain.
Selain penambahan kad debit dan kad kredit, akses ini turut tersedia kepada kad variasi mata wang (multi-currency) Visa Debit – yang juga menyokong pembayaran dalam 33 jenis mata wang.
Menerusi aturan ini, ia sekaligus merancakkan lagi pembayaran secara nirtunai di pasaran negara tanpa perlu khuatir akan kekangan wang tunai.