Artikel

63% PKS Di Asia Pasifik Bimbang Hilang Peluang Perniagaan, Jika Tolak Rasuah – ACCA

Selain krisis bencana dan kesihatan, isu melibatkan aktiviti rasuah juga dilihat kekal menjadi cabaran terbesar buat pemain ekonomi negara, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil, sederhana (PKS) – di Malaysia mahupun rantau Asia Pasifik.

Ini kerana tinjauan ACCA – Akauntan Bertauliah Berkanun mendapati 63% PKS di Asia Pasifik berpendapat tindakan menentang rasuah dan korupsi berisiko merencatkan peluang perniagaan mereka di pasaran. Susulan kumpulan ini tidak memiliki kuasa untuk menghindari tekanan dari pihak tertentu. Ia mengakibatkan mereka perlu turut serta atau kehilangan perniagaan.

Memahami kebimbangan itu, ACCA pada kajian Bribery & Corruption: The Hidden Social Evil On Your Doorstep menjelaskan tindakan penegasan dalam mengukuhkan intgriti dan rangka kawalan selia rasuah harus diperkasakan oleh setiap pentadbiran negara.

Hal ini tidak sekadar menjernihkan kembali ekosistem perniagaan tetapi membantu menghapuskan penindasan khususnya ke atas perniagaan kecil.

Mengikut penyelidikan mereka, seramai 68% respon bersetuju dasar antirasuh yang kukuh berupaya meningkatkan keyakinan pelanggan pada operasi perniagaan mereka Malah menerusi dasar itu, 83% responden percaya ia turut berpotensi meluaskan lagi peluang perkembangan perniagaan di pasaran negara.

Akan tetapi usaha ketelusan ini haruslah diterapkan di pelbagai peringkat menerusi kesedaran awam, pendidikan, perundangan serta pentadbiran. Adanya pengukuhan budaya ketelusan ini – ia secara langsung akan meningkatkan etika segmen perniagaan serantau dan sekaligus membantu kumpulan PKS menangani cabaran tersebut.