Public Gold, firma perdagangan emas negara kini meluaskan jejak kersama mereka bersama dana kekayaan Republik Kazakhstan iaitu Samruk-Kazyna JSC pada pasaran emas global.
Di mana kerjasama yang disaksikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Kazakhstan Olzhas Bektenov ini akan memaparkan perkongsian tenaga, sokongan tekonologi, pertukaran kepakaran dalam perdagangan emas, penempaan, serta penapisan antara kedua pihak.
Malah lebih menarik kesepakatan itu turut membawa kepada perancangan Public Gold untuk melabur RM20 juta bagi penyediaan ATM Emas di sekitar Kazakhstan. Aturan itu sekaligus akan menjadikan ia sebagai negara pertama di luar Malaysia menerima akses tersebut.
Buat pengetahuan umum, Public Gold memiliki sejumlah 1.3 juta pangkalan pengguna di seluruh Asia Tenggara merangkumi Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Sementara berhubung ATM Emas pula, di Malaysia sahaja terdapat 50 ATM Emas tersedia di seluruh negara meliputi lapangan terbang, gedung membeli-belah serta bangunan komersial.