Tidak lama lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melancarkan pendekatan baharu untuk tangani lonjakan pengambilan gula kalangan masyarakat Malaysia.
Di mana satu sistem melibatkan penetapan gred minuman akan dilaksanakan mengikut paras kandungan gula minuman berkaitan.
Pelaksanaan tersebut menurut KKM pada sidang NHMS 2023 bukanlah aturan baharu, yang mana Singapura turut menjalankannya. Dengan mengelaskan kandungan gula dalam minuman pada kategori A,B,C dan D yang akan didasari berasaskan kandungan gula dan lemak tepu. Maka usaha itu wajar dijalankan negara untuk kesejahteraan penduduk.
Selain aturan itu, kerajaan juga akan mengekalkan tindakan dengan mengenakan cukai eksais ke atas minuman bergula dan pracampuran. Seperti yang umum ketahui, sejak Julai 2019 pentadbiran telah mengenakan duti eksais RM0.40 sen bagi setip liter minuman manis ysng mengandungi lebih 5gram gula.