Artikel

Risiko BNPL Perlu Diperluaskan, Untuk Ketahui Status Sebenar Hutang Di Malaysia – KRI

Semua ketahui, menerusi akses BNPL iaitu Bayar Nanti Pakai Lekas secara amnya telah meluaskan kemudahan kewangan kepada kumpulan pengguna yang tidak miliki akses menyeluruh pada saluran kredit tradisional. Namun, akses ini secara langsung telah menimbulkan kebimbangan kepada amalan pinjaman ke atas kumpulan pengguna negara yang kurang celik akan literasi kewangan.

Menurut pengamatan Khazanah Research Institute (KRI), ketika ini hutang isi rumah di negara telah mencapai 84.2% daripada KDNK negara. Dan angka itu diakui Bank Negara Malaysia (BNM) menjadi antara yang tertinggi di rantau ASEAN. Akan tetapi angka sedemikian tidak menyertakan data risiko hutang yang berlaku melibatkan akses BNPL. Situasi ini secara langsung tidak mencerminkan status sebenar hutang isi rumah di Malaysia.

Menyedari jurang itu, KRI pada laporan The Financialisation of Our Lives mencadangkan agar pihak berkepentingan mengintigrasikan BNPL ke dalam metrik hutang isi rumah di negara. Aturan ini sekaligus dapat memastikan gambaran sebenar akan status semasa. Maka kawalan hutang rakyat secara menyeluruh dapat dilaksanakan. Di samping ia berupaya memberi pendedahan kepada semua pihak akan aliran risiko sebenar yang didepani masyarakat semasa – khususnya kalangan anak muda.

Setakat ini difahamkan risiko hutang isi rumah negara meliputi skop pinjaman berkaitan perumahan, hutang kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, sewa kenderaan serta pinjaman tambahan lain.

Melalui usaha ini, ia secara langsung melenyapkan tanggapan bahawa dengan BNPL – semua pengguna berpotensi memiliki akses ‘mampu-milik’ pada setiap pembelian barangan dan perkhidmatan di pasaran. Akses sedemikian hanya bertepatan sekiranya semua pengguna miliki pemahaman yang jelas akan aliran perbelanjaan dan simpanan di negara.