Ketidaktentuan cuaca pada masa ini, secara langsung telah mewujudkan kebimbangan kepada semua pihak – khususnya kerugian yang perlu ditanggung sekiranya berlaku bencana alam pada penempatan mereka. Memahami kerunsingan itu, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) kini memperlihatkan produk inovasi mereka iaitu iFloodGauge – tolok banjir mudah-alih untuk kemudahan awam.
Pemaparan produk di ITEX 2024 ini menjelaskan perkembangan produk ini didasari berasaskan tolok lurus dan dilengkapi penggera bersama sokongan IoT – di mana ia membolehkan tolok banjir tersebut digunakan dipelbagai kawasan lokasi tumpuan bencana.
JPS turut menjelaskan ia tidak sekadar berupaya memberi amaran dan menentukan kedalaman banjir sehingga 1.5 meter di sesebuah lokasi tetapi ia juga boleh menentukan tahap keselamatan pengguna jalanraya – sama ada kenderaan berat atau kenderaan ringan boleh melalui kawasan yang terlibat.
Setakat ini, JPS menjelaskan inovasi tersebut akan memasuki fasa paten bersama MyIPO dan difahamkan pihaknya masih tidak mengetahui tempoh sebenar ia dikomersialkan di pasaran kelak.
Menerusi agenda ini, ia secara langsung berupaya melandaikan kerugian bencana banjir yang pernah dilalui oleh negara. Setakat 2021-2022, Malaysia telah berdepan kerugian RM6.1 bilion disebabkan krisis banjir – ia merangkumi keosakan tempat kediaman, premis perniagaan, kenderaan, pertanian, pembuatan, infrstruktur dan aset awam.