Prestasi tiga bulan pertama 2024 jelas menunjukkan peningkatan yang baik buat Malaysia, apabila berjaya melepasi anggaran awal pertumbuhan – dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencapai 4.2% berbanding sasaran awal 3.9%.
Anggaran KDNK awalan merujuk kepada data dua bulan pertama dalam sesebuah data sukuan (3 bulan). Anggaran ini boleh dijadikan petunjuk awal pertumbuhan KDNK negara pada tempoh suku tahun tersebut.
Data perkongsian Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini memperincikan prestasi itu didorong hasil pertumbuhan berkala yang dipaparkan pada semua sektor – terutama ia dipacu oleh sektor Perkhidmatan (4.7%) dan Pembuatan (1.9%).
Malah aliran eksport negara juga dilihat terus pulih dengan peningkatan kepada 5.2%, diikuti import melonjak 8%.
Kedudukan ini menurut DOSM dijangka kekal stabil pada prestasi ekonomi suku seterusnya. Ini didasari berasaskan inisiatif sokongan negara yang akan laksana rasionalisasi subsidi bersama pendekatan tangani kos sara hidup secara berperingkat kelak. Aturan itu secara langsung akan merancakkan lagi aliran perbelanjaan negara.

Sementara berasaskan taburan prestasi ekonomi mengikut negara pula, didapati selain Malaysia – negara Filipina dan Indonesia juga turut menampilkan peningkatan yang baik untuk tiga bulan pertama 2024 diikuti Singapura.
