Bermula Jun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang menguatkuasakan Akta 852 iaitu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam sepenuhnya – sebagai tindak balas untuk atasi lonjakan penggunaan rokok elektronik kalangan anak muda.
Pelaksanaan akta ini untuk makluman turut akan bertindak laksana kawalan vape di negara. Setakat ini sahaja, didapati jumlah pengguna rokok elektronik telah meningkat secara drastik daripada 0.8% (2011) kepada 5.8% pada 2023 megikut dapatan Global Adult Tobacco 2023 (GATS).
Lebih membimbangkan angka itu turut memaparkan peningkatan pengguna dalam kalangan usia 15 tahun sehingga 24 tahun kepada 8.6%.
Ketika ini didapati seramai 4.8 juta orang (19.0%) orang dewasa di Malaysia adalah perokok tembakau dania meliputi 3.7 orang dewasa merokok setiap hari. Maka berlandaskan taburan peningkatan pengguna tembakau ini – ia secara jelas memerlukan sokongan berterusan oleh KKM dan semua pihak berkuasa untuk atasi isu ini.
Secara menyeluruh tabiat merokok tidak sekadar memberi kesan kepada tahap kesihatan masyarakat tetapi turut mengakibatkan berlakunya kerugian buat negara. Setakat 2022, negara perlu berbelanja sekitar RM6.2 bilion untuk kos rawatan 3 penyakit melibatkan amalan merokok – ini merangkumi kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru obstruktuf kronik (COPD).