Rentetan paras pengangguran semakin menurun, ia secara langsung mendorong kepada peningkatan jumlah pekerjaan di Malaysia – di mana kini sekitar 8.94 juta jawatan tersedia di pasaran semasa bagi suku pertama 2024.
Makluman Jabatan Perangkaan (DOSM) di bawah Statistik Guna Tenaga ini menjelaskan, negara kini alami peningkatan jawatan 1.5% dengan pertambahan 131,000 jawatan berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu dengan 8.81 juta jawatan.
Melalui peningkatan itu, didapati 8.75 juta jawatan telah diisi dengan kadar 97.9%. Sementara iaitu sejumlah 191,900 jawatan pula masih kekosongan pada tempoh tersebut. Pada jumlah itu, didapati sektor Perkhidmatan menyumbang jumlah besar dengan 4.64 juta jawatan, diikuti 2.45 juta jawatan pula tertumpu pada sektor Pembuatan, Pembinaan (1.26 juta jawatan), Pertanian (499,400 jawatan), dan Perlombongan (80,500 jawatan).
Bagi tahap kemahiran pula, jawatan kategori mahir memaparkan peningkatan kepada 2.24 juta jawatan dengan peningkatan 2.0%. Ini menjadikan peratusan jawatan mahir sekitar 25.1% di pasaran. Manakala kategori separuh mahir pula terus meningkat dengan 5.58 juta jawatan bersama 62.5% di pasaran ekonomi. Berbeza pula kategori kemahiran rendah, telah memaparkan penurunan sekitar 0.5% dengan 1.11 juta jawatan di pasaran negara.
Melihat pada dinamik data, prestasi pasaran buruh negara dilihat terus positif dan dijangka lebih banyak peluang ekonomi baharu akan diperluaskan – antaranya melibatkan sektor inovasi, ekonomi dan kewangan.