Artikel

Perkeso: Majikan Diberi 30 Hari Untuk Daftar Pekerja

Perkeso, Pertubuhan Keselamatan Sosial kini memberi peringatan kepada kumpulan majikan berkaitan untuk segera mendaftar pekerja mereka bersama Perkeso. Tindakan ini akan memberi pengecualian kompaun pendakwaan dan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) ke atas majikan sepanjang tempoh bulan pemutihan sehingga 31 Mei ini. 

Namun sekiranya gagal melunaskan tanggungjawab tersebut, majikan akan berdepan tindakan perundangan – antaranya dikenakan denda sehingga RM5,000 menerusi Ops Kesan 2024 yang akan dimulakan pada Jun kelak. 

Selain itu majikan turut berpotensi berdepan dakwaan mahkamah dengan denda sehingga RM10,000 mahupun penjara sehingga 2 tahun. Tidak hanya itu, majikan juga akan dikenakan semula FCLB pada kadar 6% setahun bagi setiap hari kelewatan bayaran caruman

Maka menerusi peringatan itu, diharap kumpulan majikan berkaitan melengkapkan tanggunjawab tersebut dengan mendaftarkan pekerja mereka.

Setakat Mac 2024 lalu, Perkeso dapati hampir 1.55 juta majikan telah berdaftar bersama pihaknya namun jumlah majikan yang aktif mencarum – sekurangnya 1 caruman dalam tempoh 12 bulan adalah sekitar 600,819 sahaja.