Artikel

RHB : Tidak Lama Lagi Transaksi Kad Akan Guna Secure Plus – Tiada Lagi SMS OTP

Tidak lama lagi, pengguna RHB perlu menggunakan Secure Plus bagi pengesahan transaksi melibatkan kad debit dan kad kredit. Langkah itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti sekuriti perbankan pengguna secara atas talian. 

Jelas RHB, ciri Secure Plus itu akan menggantikan kaedah pengesahan kata laluan sekali (SMS OTP). Maka pada peralihan itu, para pengguna RHB perlu memuat turun aplikasi RHB untuk mengaktifkan ciri RHB Secure Plus ini. 

Maka pada perubahan tersebut, pengguna juga hanya dibenarkan memaut satu peranti sahaja bagi pengesahan transaksi pada aplikasi RHB. Untuk sokongam penggunaan ciri sekuriti ini ia hanya tersedia untuk peranti Android 9.0 ke atas dan iOS 15.0 ke atas sahaja. 

Sebarang maklumat lanjut, semua pengguna RHB boleh layari laman RHB untuk perincian seterusnya.