Artikel

Pengguna Kini Boleh Melabur, Buka Akaun ASNB Secara Terus – Bersama TNG eWallet

Sekiranya sebelum ini Touch ‘n Go eWallet membolehkan para pengguna Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menyemak status akaun mereka pada aplikasi – kini akses tersebut diperluaskan dengan membenarkan pengguna baharu untuk mendaftar secara terus bersama TNG eWallet tanpa perlu ke cawangan fizikal. 

Pada aturan itu, ia memerlukan pengguna melengkapkan maklumat pendaftaran dan memberi pengguna pilihan melabur serendah RM10 pada Dana Harga Tetap atau Dana Harga Berubah.

Penambahan ciri di GoInvest ini secara langsung membantu pengguna baharu menyertai arena pelaburan dan dapat menguruskan pelaburan mereka dengan mudah. Tidak hanya itu, pengguna yang sudah memiliki akaun juga turut menerima tambahan akses iaitu boleh melabur dana ASNB bagi pihak lain di bawah Pelaburan Pihak Ketiga.

Langkah itu sekaligus merancakkan lagi segmen pelaburan ASNB bersama sokongan TNG eWallet. Secara menyeluruh, sejak Ogos 2023 sejumlah 12 juta pemegang unit ASNB telah meraih akses digital pada kemudahan pelaburan mereka. 

Ini senarai 17 unit amanah yang tersedia buat kemudahan pengguna ASNB pada aplikasi TNG eWallet: 

Unit Amanah Harga Tetap 

  • Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  • Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) 
  • Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) 
  • Amanah Saham Malaysia (ASM)
  • ASM 2 Wawasan 
  • Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3)

Unit Amanah Harga Berubah 

  • Amanah Saham Nasional (ASN)
  • ASN Ekuiti 2 
  • ASN Ekuiti 3 
  • ASN Ekuiti 5 
  • ASN Ekuiti Global 
  • ASN Imbang 1 
  • ASN Imbang 2 
  • ASN Imbang 3 Global 
  • ASN Sarà 1 
  • ASN Sara 2 
  • ASN Sukuk