Bersama Korea Selatan, negara melalui Bank Negara Malaysia (BNM) kini melanjutkan perjanjian pertukaran mata wang selama 3 tahun – sehingga 12 Mei 2027.
Pembaharuan dengan Bank of Korea ini akan membenarkan kedua negara menukar sehingga 5 trilion won bersamaan RM15 bilion ($3.65 bilion). Di mana saiz pertukaran itu kekal sama spertimana yang dipersetujui pada perjanjian sebelum ini, iaitu sejak Februari 2020.
Menerusi pembaharuan kesepakatan ini, ia akan membantu merancakkan lagi dinamik ekonomi antara Malaysia dan Korea Selatan. Usaha itu mendorong tindakan memperomosikan perdagangan dua hala dan membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam arena kewangan secara berkala.