Dalam usaha menambah nilai potensi ekonomi di Kelantan, kini terdapat cadangan untuk melanjutkan sambungan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Tunjong, Kota Bharu ke Rantau Panjang. Sekiranya cadangan ini direalisasikan, dianggarkan lanjutan tersebut berupaya libatkan kos sekitar RM2 bilion.
Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan akan meneliti semula cadangan tersebut dengan laksana kajian terperinci berhubung potensi ekonomi yang boleh diteroka bersama Kelantan. Malah MOT melihat untuk meningkatkan lagi peluang ekonomi itu, usaha tersebut perlu diperluas bersama Thailand – susulan melibatkan aktiviti ekonomi sempadan.
Setakat ini, MOT telah laksana tinjauan ke stesen kereta api di Rantau Panjang yang sudah tidak beroperasi lebih 20 tahun. Aturan itu bertujuan untuk memahami persekitaran sebelum melaksanakan perbincangan bersama pihak kepentingan dan kerajaan Thailand.
Jika potensi ini berupaya diperluaskan, ini akan merancakkan lagi hala tuju ekonomi Malaysia dan Thailand secara berperingkat.