Artikel

Petros Ambil Alih Peranan Petronas, Pada Aktiviti Jual Beli Gas Asli Di Sarawak – Bermula 1 Julai

Tidak lama lagi, Petroliam Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi semua aktiviti perdagangan gas asli di Sarawak. Aturan itu dijangka akan berkuat kuasa mulai 1 Julai kelak. 

Peralihan ini mengikut makluman Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak akan dilaksanakan sehingga Januari 2025.

Langkah tersebut secara langsung bakal memperlihatkan kawalan jual-beli gas asli, termasuk aktiviti berkaitan perolehan, pembekalan dan pengedaran di Sarawak akan berada di bawah bidang Petros. 

Kesepakatan yang dikongsikan pada sidang DUN Sarawak ini memperincikan, persetujuan itu telah dimuktamadkan kedua pihak dengan mengiktiraf Petros selaku agregator gas tunggal di bawah Ordinan Pengagihan Gas (Pindaan) 2023.