Menyedari risiko kesihatan lebih tinggi ke atas warga emas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang teliti untuk pemberian vaksin influenza percuma kepada kumpulan berusia 65 tahun ke atas.
Pertimbangan inisiatif di bawah Program Imunisasi Kebangsaan ini dimaklumkan berpotensi dilaksanakan mulai 2025 kelak. Bagaimanapun pelaksanaannya masih tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan (MOF).
Menerusi semakan itu, KKM memaklumkan akan berusaha memasukkan peruntukan tersebut pada sidang Belanjawan 2025 kelak dan tahun berikutnya. Ini kerana susulan virus influenza terus bermutasi, keperluan pengambilan vaksin adalah wajar untuk setiap tahun demi kesejahteraan kumpulan berisiko di negara.