Artikel

Sarawak Kaji Potensi Kanji Sagu – Sebagai Alternatif Makanan Ruji

Sarawak kini dalam usaha meneliti potensi kanji sagu untuk menggantikan beras sebagai sumber karbohidrat mereka. Aturan itu sekaligus membolehkankan rakyat negeri tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada beras.

Tindakan semakan ini pada perkongsian sidang DUN Sarawak hari ini – untuk makluman telahpun dilakukan sejak tahun lalu bersama CRAUN Research berikutan pati sagu diperhatikan menyamai rasa nasi. Maka menerusi penyelidikan lanjutan, ia berupaya membantu negeri menyemak potensi tersebut dan ia secara langsung akan menyokong segmen keselamatan makanan di Sarawak.

Namun setakat ini diperjelaskan, ia masih diperingkat penyelidikan dan belum tersedia di peringkat komersial.

Secara menyeluruh, buat pengetahuan umum sagu kini antara komoditi perdagangan pertanian utama di Sarawak dengan melibatkan kawasan tanaman seluas 32,329 hektar. Malah pada kepelbagaian penghasilan, Sarawak kini turut menjadi pengeksport terbesar tepung sagu dan untuk permintaan di Semenanjung sahaja – negeri telah meraih sekitar RM78.29 juta libatkan permintaan kanji sagu.

Maka adanya sokongan penyelidikan ini, ia tidak sekadar meluaskan lagi permintaan bahkan berupaya meningkatkan potensi pelaburan negara di masa hadapan.