Untuk menangani isu kesesakan pergerakan penduduk negara dan kemasukan pelancong, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sedang meneliti penggunaan kod QR di sejumlah pintu masuk utama negara.
Jelas pihak JIM, setakat ini pihak pentadbiran telah laksana kajian dan kini memasuki fasa pengujian penerapan tersebut. Namun pelaksanaan secara rintis itu masih diperingkat awal dan belum dijalankan lagi. Aturan secara rintis ini dimaklumkan akan diumumkan KDN dalam tempoh terdekat.
Sebelum ini beberapa pihak telah mencadangkan agar persekutuan pertimbangkan laksana sistem kod QR untuk memudahkan pergerakan keluar masuk di pintu masuk utama negara, usul ini mengambilkira sebagaimana yang dilaksanakan Singapura – untuk atasi isu kemasukan pelancong.
Tambahan usaha penerapan kod QR ini dimaklumkan tidak hanya tertumpu di Johor Bahru dan akan diteruskan di pintu masuk udara iaitu di KLIA 1 dan KLIA 2.