Artikel

Malaysia Dijangka Kekal Selaku Perbankan Islam Terbesar Di Asia Pasifik – S&P Global

Malaysia disasar terus mengekalkan kedudukannya selaku perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik apabil menyumbang sekitar dua pertiga daripada $400 bilion aset dalam sektor perbankan. 

Pengamatan S&P Global Ratings, agensi penarafan kredit antarabangsa ini didiorong hasil potensi negara untuk meluaskan lagi akses perkhidmatan kewangan ke atas kumpulan yang kurang mendapat akses antaranya seperti peniaga kecil. Malah turut dijangka bank-bank Islam di Asia Pasifik akan terus memaparkan perkembangan kukuh bersama aset yang lebih stabil dalam beberapa tahun mnedatang. 

Selain Malaysia, saingan perbankan Islam terus dipacu oleh pasaran di Indonesia dan Bangladesh yang turut memaparkan peningkatan secara berkala. 

Setakat ini, 77% pengguna Malaysia didapati menggunakan perbankan Islam dengan kadar kesedaran tinggi dalam kalangan golongan muda mencapai 65% berbanding 53% pada kadar global.