Artikel

Sejumlah 2,288 Stesen Pengecas EV Dipasang – Setakat Mac 2024

Selaras dengan matlamat negara yang ingin memiliki 10,000 pengecas kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menjelang 2025 kelak – kini dimaklumkan sejumlah 2,288 unit pengecas telah mula tersedia pada ekosistem pengangkutan negara setakat Mac 2023. Di mana sejumlah 268 stesen EV telah ditambah pada tahun ini. 

Perkongsian Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu turut memaklumkan jumlah sasaran tersebut akan memperlihatkan perubahan, di mana pembangunan Pengecas Pantas DC dinaikkan kepada 1,500 unit di pasaran negara. 

Situasi ini didorong aliran jualan EV yang semakin baik dipaparkan pada pasaran. Setakat ini sahaja, hampir 11,000 unit kenderaan elektrik bateri (BEV) dan hibrid telah terjual sehingga Mac 2024.

Melihat pada sokongan itu, Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) turut bertindakan meneliti keperluan Pasport Bateri EV – yang membolehkan semua bateri EV miliki ID untuk dikesan tempoh tamat hayatnya dan dikitar semula demi kelangsungan ekonomi kitaran. 

Menerusi usaha berterusan ini, ia berpotensi mencapai jangkaan Malaysia untuk tampil selaku negara rendah karbon menjelang 2040 dan meraih peningkatan penggunaan EV kepada 38% pada tempoh tersebut.